comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgi ditutup tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding penurunan semalam untuk ditutup  tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kebimbangan baharu terhadap perkembangan ekonomi yang mengubah minat pelabur terhadap mata wang sedang pesat membangun termasuk ringgit, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5515/5565 berbanding dolar AS daripada 4.5535/5570 sewaktu ditutup pada Khamis.

Seorang peniaga berkata dolar AS menyusut daripada paras tertinggi dalam tempoh sebulan berikutan pelabur meneliti data ekonomi AS yang sebahagian besarnya memaparkan pasaran buruh yang berdaya tahan dan menunggu laporan senarai gaji bukan ladang, lewat hari ini.

Beliau berkata sektor perkhidmatan AS tidak memberangsangkan pada Julai, namun, perniagaan berdepan harga yang lebih tinggi bagi input berikutan permintaan yang terus tertangguh, menggambarkan laluan yang panjang dan perlahan kepada inflasi.

Sementara itu, beliau berkata pesanan bagi barangan buatan AS meningkat pada Jun, didorong oleh permintaan yang kukuh terhadap peralatan pengangkutan dan barangan lain walaupun kadar faedah lebih tinggi.

Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Loading...
Terkini