comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka 4.678 berbanding dolar AS, kukuh berbanding mata wang utama lain

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit diniagakan hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan pagi ini berikutan kekurangan minat belian baharu.

Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada paras 4.6785/6855 berbanding dolar AS daripada 4.6775/6830 pada penutup Khamis.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit diunjur kekal stabil berbanding dolar AS pada sekitar RM4.68 tanpa kehadiran sebarang petunjuk daripada AS berikutan cuti hari Kesyukuran.

Beliau berkata tumpuan hari ini adalah pada indeks harga pengguna (IHP) Malaysia, yang dijangka mencapai 1.9 peratus pada Oktober berdasarkan konsensus.

“Jika ia menjadi kenyataan, ini akan menjadi tahap yang tidak berubah, menunjukkan bahawa kadar inflasi telah stabil.

“Berdasarkan ini, kadar dasar semalaman (OPR) mungkin kekal stabil dalam tempoh terdekat memandangkan kadar faedah sebenar telahpun positif, menunjukkan dasar monetari tidak terlalu akomodatif,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini