comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong kemunculan semula minat belian apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah sekali gus menandakan penurunan kadar dijangka berlaku tahun ini.

Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7030/7070 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7185 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) berlegar di bawah 105 mata malam tadi, menunjukkan kelemahan dolar memandangkan pasaran percaya lebih banyak langkah pelonggaran dasar monetari akan dilakukan oleh Fed.

Beliau berkata walau bagaimanapun, keputusan dan panduan Fed terkini menunjukkan bank pusat AS itu mungkin mengurangkan kadar faedah sekali sahaja, berbeza dengan jangkaan pada Mac iaitu sebanyak tiga kali.

Namun, pasaran dilihat meningkatkan jangkaan mereka kepada dua kali pengurangan kadar faedah iaitu pada September dan Disember tahun ini.

“Justeru, ringgit mungkin meraih manfaat daripada perkara ini dengan USD/MYR menghampiri paras RM4.7000 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini