comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama kecuali dolar AS pada sesi awal hari ini apabila dolar AS mengukuh di tengah-tengah data inflasi negara itu yang lebih tinggi daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7280/7330 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.7090/7140.
Indeks harga pengguna AS (IHP) dilaporkan meningkat 0.4 peratus pada September dan 3.7 peratus berbanding setahun lepas, yang melebihi unjuran masing-masing 0.3 peratus dan 3.6 peratus.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata IHP AS yang lebih tinggi daripada jangkaan berserta insurans tuntutan pengangguran yang berterusan sebanyak 209,000 minggu lepas telah melonjakkan nilai dolar AS.

Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.74 peratus kepada 106.599 mata, tambahnya.

“Justeru, pertukaran dolar AS/ringgit boleh stabil pada paras semasa sekitar 4.71 selepas mengalami beberapa peningkatan minggu ini apabila kadar pertukaran mencapai paras tertinggi 4.7315,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini