comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi urus niaga awal Isnin berikutan kekurangan minat belian apabila unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.

Pada 9.05 pagi ini, ringgit di paras 4.7570/7620 berbanding dolar AS daripada 4.7155/7185 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama, ringgit dijangka berdepan kekangan minggu ini selepas pengumuman data pekerjaan AS yang kukuh, sekali gus menyumbang kepada peningkatan tarikan dolar AS.

Sementara itu berbanding kelompok mata wang utama, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh, termasuk berbanding yen Jepun kepada 3.1999/2035 daripada 3.2142/2164 pada akhir Jumaat lepas, naik berbanding pound Britain kepada 5.9976/6.0039 daripada 6.0160/0199 dan meningkat berbanding euro kepada 5.1252/1306 daripada 5.1352/1384.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang Asean.

Loading...
Terkini