comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini selepas hasil bon Amerika Syarikat meningkat susulan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell  mengenai dasar monetari negara itu dan lebih cenderung kepada menaikkan kadar faedah, kata seorang penganalisis.

Pada 9.03 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.7220/7275 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Khamis pada 4.6895/6965.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS dua tahun dan 10 tahun meningkat 9.0 dan 14.0 mata asas untuk ditutup masing-masing pada 5.02 peratus dan 4.63 peratus, manakala Indeks Dolar AS (DXY) menambah 0.29 peratus kepada 105.904 mata.

“Pasaran kewangan sangat menantikan kenyataan Powell mengenai dasar monetari semasa forum Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) malam tadi.

“Memang benar, ketua Rizab Persekutuan membayangkan kadar faedah AS mungkin perlu dinaikkan bagi mengekang inflasi,” katanya kepada Bernama.

Dilaporkan bahawa komen Powell lebih kepada bank pusat tidak 100 peratus yakin kitaran kenaikan kadar telah berakhir.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka lemah dan berlegar sekitar RM4.69 hingga RM4.70.

Loading...
Terkini