comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur kekal berhati-hati sementara menunggu panduan ke hadapan dalam persekitaran ketidaktentuan pasaran global, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.6950/7025 berbanding dolar AS daripada 4.6920/6965 semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan dijangka diniagakan dalam jajaran kecil hari ini berikutan pelabur bersedia untuk menerima pengumuman dasar oleh bank-bank global.

“Tumpuan hari ini adalah pada mesyuarat dasar Bank of Japan (BoJ) berikutan peniaga mata wang sedang mencari petunjuk mengenai kemungkinan keboleh-balikan dasar monetarinya yang amat longgar.

“Kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan BoJ akan mengekalkan kadar faedah penanda arasnya pada -0.1 peratus dalam mesyuarat ini,” katanya kepada Bernama.

“Bagaimanapun, berdasarkan panduan terkini oleh Rizab Persekutuan AS, unjuran untuk pengurangan kadar kekal kukuh. Oleh itu, kami menjangka ringgit berbanding dolar AS akan kekal dalam jajaran kecil hari ini,” katanya.

Loading...
Terkini