comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit menyusut semua daripada kenaikan pada Rabu untuk ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS berikutan sentimen dolar AS yang bertambah baik di tengah-tengah prospek penurunan kadar faedah, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7080/7110 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7055/7075 pada Rabu.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.21 peratus kepada 105.480 mata berikutan penurunan nilai euro, yen dan pound sterling.

“Data indeks harga pengguna terkini United Kingdom (UK) mencapai sasaran dua peratus pada Mei dan ini membayangkan kemungkinan besar penurunan kadar di negara itu.

“Apa yang paling penting adalah bilakah Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Oleh itu buat masa sekarang DXY dijangka kekal tinggi memandangkan perbezaan penetapan masa pelonggaran monetari (di ekonomi-ekonomi utama),” katanya kepada Bernama.

Oleh itu kami menjangkakan Dolar AS/Ringgit mengekalkan dagangan jajaran kecil pada RM4.70 hingga RM4.71.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini