comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini ketika para pelabur menunggu lebih banyak petunjuk mengenai keadaan inflasi di Amerika Syarikat (AS) daripada data Indeks Harga Pengguna (IHP) yang akan diumumkan pada Rabu.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.6570/6610 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6685/6725 pada Isnin.

Ketua ahli ekonomi dan ketua kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran akan menilai pandangan mereka mengenai kadar faedah AS berdasarkan kepada angka IHP AS yang begitu ditunggu-tunggu.

“Angka IHP AS pada Rabu merupakan fokus utama minggu ini apabila konsensus menunjukkan bahawa inflasi akan menyederhana pada Jun,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pandangan konsensus adalah inflasi keseluruhan dan IHP teras AS akan mencatatkan peningkatan perlahan pada Jun masing-masing pada 3.1 peratus (Mei: 4.0 peratus) dan 5.0 peratus (Mei: 5.3 peratus).

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Loading...
Terkini