comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR : Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US hari ini berikutan keputusan terkini Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu ini.

Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.6675/6720 berbanding dolar US daripada 4.6695/6745 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pelabur kelihatan memahami sepenuhnya hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan FOMC terbaharu.

Rizab Persekutuan (Fed) AS telah memberi petunjuk untuk mengurangkan Kadar Dana Persekutuan (FFR) pada 2024.

FOMC untuk memastikan FFR berada dalam kedudukan stabil pada 5.25-5.50 peratus pada mesyuarat terbaharunya.

“Ringgit berbanding dolar US berada dalam julat kecil hari ini. Ia meningkat kepada setinggi RM4.6728 pada sesi awal dagangan tetapi berada pada RM4.6667 pada sesi dagangan petang,” katanya kepada Bernama. -BERNAMA

Loading...
Terkini