comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit mengukuh, dolar AS lemah susulan data inflasi rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila dolar AS susut selepas data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) tidak menaikkan lagi kadar faedah, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6695/6755 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7210 pada penutup Selasa.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit naik setinggi RM4.6565 berbanding dolar AS sebelum ditutup pada RM4.6695 hari ini.

Beliau berkata mata wang tempatan itu kekal menghampiri paras sokongan segeranya pada RM4.6611.

“Apa yang berlaku selepas ini, paras sokongan seterusnya ialah pada RM4.5778. Kami percaya terdapat ruang untuk kenaikan ringgit selanjutnya.

“Bagaimanapun, mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 12-13 Dis akan dipantau dengan teliti memandangkan pasaran sedang mencari lebih banyak petunjuk mengenai hala tuju kadar faedah pada masa depan,” katanya kepada Bernama.

Beliau menegaskan setakat ini hasil bagi sekuriti bertarikh pendek seperti Perbendaharaan AS tiga bulan dan dua tahun adalah lebih tinggi masing-masing pada  5.37 peratus dan 4.84 peratus berbanding 4.44 peratus untuk Perbendaharaan 10 tahun.

“Pasaran bon masih tidak yakin bahawa Fed akan mengubah keputusan dalam masa terdekat kerana kadar jangka pendek sentiasa mencerminkan tindakan bank pusat. Oleh itu FOMC pada Disember akan menjadi peristiwa penting bagi mengukur kadar faedah AS bagi 2024,” tambahnya.​

Loading...
Terkini