comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US hari ini menjelang menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) baharu malam ini, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit naik kepada 4.7110/7155 berbanding dolar US daripada 4.7190/7225 ketika ditutup pada Jumaat.Urus niaga ditutup semalam sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Peniaga ActivTrades, Anderson Alves berkata penggiat pasaran sedang menunggu petunjuk baharu dengan laporan jualan runcit AS yang akan dikeluarkan lewat hari ini.

Beliau berkata pelabur juga berhati-hati menjelang siri ucapan Rizab Persekutuan (Fed) AS oleh pegawai kanan turut berlangsung lewat hari ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus berlegar melebihi 105 mata kerana euro merupakan komponen utama DXY, merosot berbanding dolar AS berikutan kebimbangan terhadap pilihan raya mengejut di Perancis yang akan diadakan bulan ini.

Loading...
Terkini