comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

 

KUALA LUMPUR: Ringgit terus ditutup kukuh berbanding dolar AS berikutan mata wang negara maju itu berdepan tekanan menurun disebabkan data jualan runcit yang lemah di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7055/7075 berbanding dolar AS 4.7110/7155 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jualan runcit AS yang lemah berbanding jangkaan pada Mei telah mengakibatkan penurunan Indeks Dolar AS (DXY) kepada 105.241 mata.

Dilaporkan bahawa data Jualan Runcit AS bagi Mei berkembang pada kadar perlahan sebanyak 0.1 peratus berbanding unjuran sebanyak 0.2 peratus.

“Data itu menyokong pandangan bahawa Rizab Persekutuan AS berada di landasan untuk menurunkan kadar faedah  tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit ditutup rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Loading...
Terkini