comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$107.5 bilion setakat 15 November

Bank Negara Malaysia (BNM)

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$107.5 bilion (US$1=RM4.57) pada 15 Nov 2022 berbanding US$105.2 bilion pada 31 Okt 2022.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” kata bank pusat dalam kenyataan hari ini.

Katanya komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$95.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.5 bilion), emas  (US$2.1 bilion) dan aset-aset lain (US$2.8 bilion).

Aset tersebut terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM498.75 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.64 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM59.36 bilion).

Menurut BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM160.82 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.58 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM195.75 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM5.33 bilion), deposit lain (RM35.77 bilion), kertas Bank Negara (RM9.15 bilion), peruntukan SDR (RM28.70 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.05 bilion). – BERNAMA

Loading...
Terkini