comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

SC cadang perkenal mekanisme pindahan diperkemas ke pasaran utama 

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) merancang untuk memperkenalkan mekanisme pindahan diperkemas yang akan membolehkan syarikat pasaran ACE berkelayakan berpindah ke Pasaran Utama mulai 2024, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata SC bersama-sama Bursa Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan kecekapan di pasaran awam bagi memudahkan tawaran awam permulaan (IPO) kepada syarikat pemula niaga menerusi pendekatan seperti mengurangkan masa ke pasaran bagi syarikat yang bercadang disenaraikan di bursa saham.

“Perincian kerangka pindahan automatik yang dicadangkan ini akan diumumkan akhir bulan ini.

Pengenalan proses pindahan baharu yang diperkemas dan dipercepat akan melicinkan pindahan untuk penyenaraian bagi menggalakkan syarikat Pasaran ACE yang besar dan berkualiti ke Pasaran Utama.

“Apabila berada di Pasaran Utama, ini akan membuka peluang kepada pelabur asing yang ingin turut serta. Ini sewajarnya akan menggalakkan penyertaan asing yang lebih baik di pasaran utama kita,” kata Awang Adek dalam ucapannya pada Forum Usaha Niaga Malaysia 2023 hari ini.

Beliau berkata pasaran utama memainkan peranan penting untuk membolehkan akses yang lebih baik bagi membiayai syarikat pemula niaga dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Sehubungan itu, SC telah melaksanakan pendekatan proaktif untuk memudahkan penjanaan dana kepada perniagaan, terutamanya pada peringkat awal pembiayaan.

SC dan Bursa Malaysia akan terus memudahkan laluan kepada syarikat yang berpotensi baik dan inisiatif pasaran modal baru-baru ini yang menyasarkan untuk menyokong syarikat yang bersedia dengan IPO, dijangka memberikan impak positif.

“Ini termasuk potongan cukai kepada syarikat berasaskan teknologi berkelayakan di Pasaran Utama dan ACE.

Pada tahun ini SC menyaksikan perancangan yang baik bagi IPO, dengan 32 syarikat diluluskan untuk penyenaraian di Bursa Malaysia denfan kebanyakannya berkaitan teknologi.- BERNAMA

Loading...
Terkini