comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Seacera keluar daripada status PN17

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd pada Rabu memutuskan penepian diberikan kepada Seacera Group Bhd daripada mematuhi Bab 8.04(3)(a) Kehendak-Kehendak Penyenaraian Pasaran Utama yang memerlukan syarikat berstatus Nota Amalan 17 (PN17) mengemukakan pelan penstrukturan semula kepada pihak berkuasa kawal selia.

Menerusi kenyataan, Bursa Malaysia Securities menjelaskan justeru, Seacera akan ditarik balik daripada dikelaskan sebagai syarikat PN17 berkuat kuasa pukul 9 pagi, Khamis 17 Ogos, 2023.

Bursa Malaysia Securities menekankan bahawa pihaknya akan terus memantau kemajuan syarikat PN17 dan Nota Panduan 3 (GN3) berhubung pematuhan mereka terhadap Kehendak-Kehendak Penyenaraian Pasaran Utama dan Kehendak-Kehendak Penyenaraian Pasaran ACE oleh Bursa. – Bernama

Loading...
Terkini