comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

SIBS 2024: Sasar nilai potensi urus niaga RM7 bilion

Foto: NSTP

PETALING JAYA: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 yang akan dianjurkan dalam dua siri pada Julai dan Oktober ini menyasar nilai transaksi berpotensi sehingga RM7 bilion dan kehadiran lebih 60,000 pengunjung perniagaan.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han, berkata pada edisi tahun lalu ia berjaya merekodkan nilai transaksi sebanyak RM6.12 bilion.

Katanya, pada tahun ini pihaknya yakin jumlah itu akan meningkat disumbang oleh kehadiran pengunjung yang dijangka lebih ramai kali ini.

“Dengan penganjuran yang dibuat dalam dua siri buat kali pertama ini, ia akan membolehkan lebih ramai pengunjung untuk hadir ke SIBS ini di samping peningkatan jumlah pempamer kali ini.

“Selain itu, melihat kepada pertumbuhan ekonomi dalam negara terutama Selangor pada masa depan, kami yakin mampu mencapai sasaran RM7 bilion nilai transaksi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran SIBS 2024 di sini, hari ini.

Yang turut hadir Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah Penganjuran SIBS 2024 bakal menyaksikan lima komponen aktiviti diadakan di bawah satu bumbung iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor Makanan dan Minuman (F&B), Selangor Life Sciences Convention (SLC), Ekspo Pelaburan dan Taman Perindustrian Selangor (SPARK), Persidangan Perniagaan ASEAN Selangor (SABC) dan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital (SDEC).

Bertemakan ‘Selangor Gateway toASEAN’, SIBS 2024 bertujuan meletakkan Selangor sebagai pusat perdagangan antarabangsa di rantau iniserta menyediakan platform kepada perniagaan kecil dan sederhana serta syarikat multinasional untuk mewujudkan peluang perkongsian dengan mengiklankan barangan serta perkhidmatan mereka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini