comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

SME Corp, MTDC bantu PMKS berkembang ke luar negara

Rizal (dua dari kanan) bertukar dokumen kerjasama antara SME Corp dan MTDC bersama Mohammad Hazani (dua dari kiri) di Kuala Lumpur, hari ini – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) yakin dapat membantu negara mencapai sasaran sumbangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 41 peratus menjelang 2025 dengan meneroka pasaran eksport.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy, berkata unjuran itu adalah berdasarkan kepada inisiatif dan rangka kerja berterusan yang dilaksanakan kedua-dua pihak.

Beliau berkata, kerjasama antara SME Corp dan MTDC menerusi program ‘Transforming SMEs into Exporters’ (TSMEX) yang akan diperkenalkan tidak lama lagi akan menyokong lebih banyak PMKS tempatan mengembangkan perniagaan ke luar negara melalui eksport.

Inisiatif TSMEX itu, katanya akan membolehkan PMKS mendapat latihan, bimbingan serta manfaat daripada pengetahuan, kepakaran dan pengalaman MTDC dalam teknologi.

“Untuk permulaan, kerjasama itu akan memberi bimbingan kepada antara 30 ke 60 syarikat PMKS yang berkelayakan menembusi pasaran luar negara. Di bawah SME Corp iaitu Program PKS Lestari, kami sudah mempunyai sebanyak 300 syarikat berpotensi untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

“Namun, melalui kerjasama dengan MTDC, kami sasarkan 10 ke 20 peratus daripada 300 PMKS diberi bimbingan untuk memberi nilai tambah kepada sumbangan eksport negara.

“Jika kita lihat PMKS yang mengeksport sekarang nilainya hanya 10.5 peratus kepada KDNK dalam RM144 bilion dan mengikut tinjauan kami pada awal tahun, hanya 15 peratus daripada keseluruhan PMKS yang mengeksport, kebanyakannya daripada sektor pembuatan,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara MTDC dan SME Corp di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Mohammad Hazani Hassan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini