comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Subsidi bersasar akan dibuat secara berperingkat

 

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar ini akan dibuat secara berperingkat tertakluk kepada ketersediaan serta mengekalkan fokus kerajaan dalam memastikan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan B40 tidak terjejas.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan sedang meneroka langkah menambah baik pemberian subsidi secara lebih bersasar bagi mengurangkan ketirisan dan mengoptimumkan perbelanjaan kepada program dan projek yang memberi nilai tambah kepada rakyat dan ekonomi negara.

“Satu pasukan petugas khas telah diwujudkan dibawah Kementerian Kewangan untuk bekerjasama dengan kementerian dan agensi yang terlibat bagi meneliti keperluan dan kebolehlaksanaan pemberian subsidi secara bersasar dan mengenalpasti kaedah berkesan malah menjimatkan masa serta memberi implikasi kewangan paling minimum kepada kerajaan,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

“Ini termasuklah mengumpul data dari Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri.

“Penetapan kriteria kelayakan masih belum diputuskan namun usaha membangunkan pusat data yang komprehensif sedang dibuat bagi membantu kerajaan menetap kriteria yang bersesuaian berdasarkan data yang diperolehi,” tambahnya.

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata setakat ini penetapan kriteria kelayakan masih belum diputuskan namun usaha membangunkan pusat data yang komprehensif sedang dibuat bagi membantu kerajaan menetap kriteria yang bersesuaian berdasarkan data yang diperolehi.

Loading...
Terkini