comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

TNB siapkan enam projek pusat data berkapasiti 292MW

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menyiapkan enam projek pusat data dengan jumlah keseluruhan kapasiti 292 megawatt (MW) tahun ini.

Penganalisis AmInvestment Bank, Gan Huey Ling, berkata, berdasarkan taklimat penganalisis oleh TNB, pusat data berkenaan dimiliki masing-masing oleh Microsoft, Bridge Data Centres, Vantage, GDS, AIMS dan NTT Communications.

Beliau berkata, pusat data GDS dengan kapasiti 85.5MW di Taman Teknologi Nusajaya telah beroperasi pada September 2023, lebih awal daripada jadual.

“Permintaan elektrik daripada industri pusat data di Malaysia dijangka melebihi 5,000MW menjelang tahun kewangan 2035.

“TNB telah menandatangani perjanjian bekalan elektrik dengan lapan lagi pusat data, dengan kapasiti berjumlah 2,000MW,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Huey Ling berkata, GSparx, unit solar atas bumbung TNB, telah memperoleh 80 peratus daripada tempahan kontrak sasarannya sebanyak 386 megawatt puncak (MWp) untuk tahun kewangan 2023.

Beliau berkata, Gsparx akan melaksanakan salah satu daripada projek perintis Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) di City of Elmina pada suku pertama tahun kewangan 2024.

Katanya, projek perintis itu membabitkan pemasangan 4.5MW atas sistem solar bumbung di 450 rumah yang terletak di City of Elmina, Shah Alam.

Loading...
Terkini