comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Top Glove dijangka terus catat kerugian:Firma Penyelidikan

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd dijangka terus merekodkan kerugian teras, meskipun pada tahap yang lebih rendah sebanyak RM83 juta pada suku keempat tahun kewangan 2023 hasil kecekapan operasi yang bertambah baik susulan langkah pencatuan kapasiti.

Penganalisis RHB Research, Oong Chun Sung, berkata harga jualan purata (ASP) gabungan industri sarung tangan getah kelihatan terkawal pada AS$20 hingga AS$21 bagi setiap 1,000 keping, dan hal ini secara amnya tidak berubah sejak suku pertama 2023.

Beliau berkata, sebarang percubaan untuk menaikkan paras harga berdepan dengan halangan dari segi harga bahan mentah yang semakin menurun.

Malah, berdasarkan semakan saluran kami, ASP bagi pengeluar sarung tangan China juga tidak berganjak sejak suku pertama 2023, iaitu berada pada paras AS$15 hingga AS$17.

“Walau bagaimanapun, kami berpandangan ASP yang stabil ini akan menjadi petanda baik buat pengeluar sarung tangan dalam masa terdekat kerana kenaikan harga yang mendadak mampu mengganggu gugat jualan sarung tangan kerana pelanggan masih lagi sensitif dengan perubahan harga,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Dalam pada itu, Chun Sung berkata jumlah eksport sarung tangan Malaysia menguncup satu peratus pada

Julai berbanding bulan sebelumnya selepas mencatat penurunan tujuh peratus pada Jun, penurunan dua bulan berturut-turut yang berlaku buat kali pertama bagi eksport sarung tangan tahun ini.

Beliau berkata, pada suku kedua 2023, eksport sarung tangan jatuh 17 peratus berbanding suku sebelumnya selepas berkembang 0.3 peratus pada suku pertama 2023.

Loading...
Terkini