comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

TT Vision catat premium lebih 300% 

TT Vision Holdings Bhd (TTVHB) membuat penampilan sulung mantap di Pasaran Ace Bursa Malaysia.

Oleh Juliana Pija Ismail

KUALA LUMPUR: TT Vision Holdings Bhd (TTVHB) membuat penampilan sulung mantap di Pasaran Ace Bursa Malaysia pagi tadi.

Saham syarikat semikonduktor itu dibuka RM1.49, premium 338.23 peratus daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) 34 sen sesaham.

TTVHB mengumpul RM28.73 juta melalui penerbitan 84.5 juta saham IPO baharu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Goon Koon Yin, syarikat berhasrat mengembangkan syarikat ke tahap lebih tinggi dan meningkatkan bahagian dalam pasaran semikonduktor, optoelektronik dan sel solar.

Beliau berkata, 37.2 peratus daripada hasil akan digunakan untuk modal kerja, 27.8 peratus adalah untuk perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), 20.9 peratus untuk pembayaran balik pinjaman bank, tiga peratus bagi aktiviti pemasaran dan baki 11.1 peratus untuk membiayai perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

Sebanyak RM3.6 juta akan dikumpul melalui tawaran jualan yang membabitkan 10.5 juta saham TTVHB sedia ada oleh penawar tertentu.

TTVHB adalah syarikat yang terbabit dalam pembangunan dan pembuatan peralatan penglihatan mesin serta penyediaan produk dan perkhidmatan berkaitan.

Loading...
Terkini