comscore
Tumpuan :
Dunia

10 maut dalam serangan udara rejim Israel di Jabalia

FOTO: Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya 10 terkorban dalam serangan udara tentera rejim Israel di Jabalia.

Pasukan Pertahan Awam Palestin dilaporkan masih menjalankan operasi mencari mangsa yang terperangkap.

Lapor media Al Jazeera, serangan hebat tentera rejim turut dilancarkan ke atas penempatan penduduk di timur Gaza City.

FOTO: Reuters

Serangan di selatan wilayah itu pula menyaksikan sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 12 lagi cedera.

Dalam ketegangan di Tebing Barat, 9 penduduk Palestin ditahan tentera rejim dalam siri operasi yang dilancarkan di utara Jenin, Qalqilya dan barat Baitulaham.

FOTO: Reuters

Perang yang tercetus sejak 7 Oktober lalu juga menyaksikan hampir 10,000 penduduk Palestin ditahan di Tebing Barat.

Lebih buruk, dianggarkan lebih 10,000 penduduk hilang dan dipercayai terperangkap di bawah sisa runtuhan bangunan di Gaza sejak perang bermula.

Manakala angka korban pula kini melebihi 38,500 orang dengan lebih 87,000 lagi cedera – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini