comscore
Tumpuan :
Dunia

10 maut kenderaan terjunam ke dalam sungai di Uttarakhand

FOTO: Reuters

INDIA: 10 terbunuh selepas kenderaan dinaiki terjunam ke dalam sungai di negeri Uttarakhand.

Beberapa penumpang lain dilaporkan cedera.

Lapor media antarabangsa, mangsa termasuk pelancong yang sedang dalam percutian.

Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Mangsa yang cedera turut menerima lawatan Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami.

Beliau turut memberi jaminan usaha akan dijalankan bagi memastikan mangsa pulih. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini