comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 10,328 terbunuh di Gaza, 160 nyawa kanak-kanak diragut setiap hari

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan secara purata kira-kira 160 kanak-kanak Palestin terbunuh setiap hari di Gaza dalam tempoh sebulan pengeboman Israel di wilayah itu.

“Purata kira-kira 160 kanak-kanak dibunuh setiap hari berdasarkan angka Kementerian Kesihatan (Palestin),” kata pegawai WHO Christian Lindmeier pada taklimat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva semalam.

“Ribuan rakyat di Gaza mati dan mereka yang masih hidup menderita akibat trauma, penyakit, kekurangan makanan dan air.

“Mereka memerlukan air, bahan api, makanan dan akses selamat kepada penjagaan kesihatan untuk terus hidup.”

“Semuanya sudah disediakan kerana logistik, konvoi dan bekalan sudah siap tetapi apa yang tiada ialah akses dan itulah yang diperlukan. Kami memerlukan akses yang selamat dan terjamin tanpa halangan sampai ke pesakit dan hospital,” katanya.

Mengenai hospital di utara, pegawai itu berkata WHO mampu membawa bekalan ke hospital sekali sahaja.

FOTO: Reuters

Setakat semalam dilaporkan jumlah kematian akibat serangan rejim zionis Israel di Semenanjung Gaza melonjak kepada 10,328 orang.

Antara yang terbunuh ialah 4,237 kanak-kanak dan 2,719 wanita sementara lebih 25,956 penduduk yang lain juga cedera akibat serangan tentera rejim itu.

Al-Qudra menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Jawatankuasa Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa untuk melindungi kemudahan kesihatan dan ambulans daripada serangan Israel.

Selain jumlah korban yang besar dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat pengepungan Israel.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini