comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Hampir 12,000 penduduk Palestin maut dalam tempoh sebulan 

FOTO: Reuters

GAZA : Cukup sebulan bumi Palestin bermandikan darah dengan hampir 12,000 orang terkorban termasuk lebih 4,000 nyawa kanak-kanak tidak berdosa

Pihak berkuasa Palestin mendedahkan kira-kira 70 peratus penduduk di Gaza kini hilang tempat tinggal hanya dalam tempoh sebulan.

Jumlah itu mewakili sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk daripada 2.3 juta populasi Gaza.

Saranan pemimpin serta keluhan masyarakat dunia bagi gencatan senjata tidak dipedulikan

Malah lebih buruk lagi tentera rejim Zionis menjadikan beberapa hospital sasaran dalam serangan terbaharunya

Serangan di Kompleks Perubatan Nasser meragut lapan nyawa dengan puluhan lagi cedera

Bedilan di selatan Rafah pula meragut 20 nyawa dengan ramai lagi dikhuatiri terperangkap di bawah sisa runtuhan.

Pertempuran antara Penduduk Palestin dengan tentera rejim turut dilaporkan tercetus di kawasan Kem Pelarian Tulkarem, di Tebing Barat

9 kematian dicatatkan di wilayah itu dalam tempoh 24 jam termasuk 2 daripadanya maut ketika dalam tahanan rejim Zionis  – AL JAZEERA

Loading...
Terkini