comscore
Tumpuan :
Dunia

12 maut diserang lelaki bersenjata di tenggara Republik Afrika Tengah

Foto: Reuters

BANGUI: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam serangan oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah kampung di tenggara Republik Afrika Tengah (CAR), kata ketua wilayah Mbodou, Pierrette Benguere kepada Sputnik.

“Saya dalam konvoi yang dikawal oleh pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika kami tiba di lokasi kebakaran. Kami mendapat tahu seorang penduduk tempatan ditembak ketika hendak mengambil buluh. Seseorang telah memaklumkan kepada penduduk kampung dan mereka melarikan diri. Kemudian datang sekumpulan lelaki dan mereka telah membakar kesemua rumah dan membunuh penduduk yang tidak sempat melarikan diri. Menyebabkan 12 terbunuh dan sembilan rumah telah dibakar,” kata Benguere.

Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku di kampung itu yang terletak 30 kilometer (18.6 batu) dari bandar Bakouma. Justeru beliau menggesa kerajaan menambah bilangan anggota tentera. – BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini