comscore
Tumpuan :
Dunia

13 terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Mexico

Foto : Reuters

MEXICO CITY:  Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh selepas sebuah treler dan sebuah trak bertembung lalu terbakar di lebuh raya timur laut Tamaulipas, Mexico

Menurut Sekretariat Keselamatan Awam negeri, kemalangan berlaku pada sebelah pagi di kilometer 80 Lebuhraya 83, Hidalgo-Zaragoza.

Foto : Reuters

Nahas itu memusnahkan kenderaan dan mencetuskan kebakaran besar hingga menyebabkan mangsa rentung di lokasi kejadian.

Sementara itu, pegawai Perlindungan Awam dan paramedik Palang Merah tiba untuk merawat mangsa yang cedera.

Lebuh raya itu kekal dibuka kepada lalu lintas.  –BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini