comscore
Tumpuan :
Dunia

15 maut, jutaan hilang tempat tinggal akibat cuaca buruk di Bangladesh, India

FOTO: Reuters

SYLHET: Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dan jutaan penduduk hilang tempat tinggal akibat banjir buruk dan tanah runtuh di Bangladesh dan India.

Lapor media Al Jazeera, ratusan ribu penduduk terperangkap dalam banjir kilat.

Enam kematian dicatatkan di negeri Assam, India akibat banjir kilat dan tanah runtuh.

Lapan kematian etnik Rohingya dilaporkan dalam kejadian banjir lumpur di Bangladesh.

Insiden berlaku di Kem Pelarian Cox’s Bazar yang menempatkan lebih sejuta orang, susulan itu, ratusan pelarian dipindahkan.

Di daerah Sylhet pula, sekurang-kurangnya 700,000 penduduk terkandas akibat banjir kilat dan hujan lebat.

Jabatan Meteorologi Bangladesh meramalkan hujan lebat berterusan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Bencana disebabkan cuaca buruk yang kini melanda selatan Asia. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini