comscore
Tumpuan :
Dunia

17 ditahan selepas cubaan rampasan kuasa di Bolivia

LA PAZ: Seramai 17 individu kebanyakannya anggota tentera telah ditahan di Bolivia kerana peranan mereka dalam cubaan rampasan kuasa yang gagal, kata Menteri Kerajaan Eduardo del Castillo pada Khamis.

Pada Rabu, ratusan tentera yang diketuai oleh Jeneral Juan Jose Zuniga telah berarak ke Dataran Murillo, pusat kuasa politik Bolivia dan cuba menyerbu Istana Kerajaan lama dalam kudeta terhadap Presiden Luis Arce.

Menurut del Castillo, siasatan menunjukkan perancangan kudeta itu bermula pada Mei dan ia didalangi oleh tiga kumpulan, termasuk kumpulan “persiapan dan perancangan” yang diketuai oleh Zuniga dan Naib Laksamana Juan Arnez, yang telah ditahan pada Rabu malam.

Anggota kumpulan kedua “organisasi dan koordinasi” ditahan pada Khamis dan kumpulan ketiga, yang digambarkan oleh del Castillo sebagai “yang paling ganas”, bertanggungjawab memasuki Dataran Murillo dengan menggunakan kereta kebal dan senjata tentera terhadap rakyat Bolivia, lapor Xinhua.

Polis sedang mengesan tiga tentera yang kini menjadi pelarian.  — BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini