comscore
Tumpuan :
Dunia

2 cedera, 1 hilang dalam letupan kilang senjata pertahanan di Arkansas

FOTO: Reuters

SAN FRANCISCO: Sekurang-kurangnya dua orang cedera dan seorang lagi hilang dalam letupan di sebuah kilang senjata pertahanan di negeri selatan Arkansas, Amerika Syarikat pada Rabu, lapor Xinhua memetik pengendali kilang itu.

Letupan berlaku di kilang General Dynamics Ordnance and Tactical Systems di Camden, kira-kira 138 kilometer ke selatan Little Rock, ibu kota Arkansas, kata jurucakap syarikat itu.

Syarikat mengesahkan letupan itu selepas pada awalnya menyebutnya sebagai “insiden melibatkan piroteknik”.

“Buat masa ini, kami sedang bekerjasama dengan pasukan penyelamat dan boleh mengesahkan bahawa insiden ini mengakibatkan sekurang-kurangnya dua kecederaan dan seorang hilang,” menurut General Dynamics dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa ia bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan.

Syarikat itu juga mengesahkan bahawa pengeluaran di bangunan berkenaan dihentikan sementara akibat letupan tersebut.  — BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini