comscore
Tumpuan :
Dunia

2 maut, 9 cedera nahas kereta api di Chile

Foto: REUTERS

MAIPO: Dua terbunuh manakala 9 lagi cedera apabila dua kereta api berlanggar di Maipo.

Insiden berlaku sejurus selepas tengah malam membabitkan sebuah kereta api yang sedang dalam ujian dan sebuah kereta api kargo yang membawa muatan lebih 1,300 metrik tan tembaga.

Mangsa yang cedera termasuk empat warga China yang sedang memeriksa kereta api terbabit.

Manakala dua mangsa yang maut adalah operator kereta api kargo.

Siasatan awal mendapati kereta api terbabit dipandu laju dan merempuh sebuah lagi kereta api yang sedang berhenti.

Hasil siasatan juga menjurus kepada penangkapan dua kakitangan kereta api terbabit bagi membantu siasatan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini