comscore
Tumpuan :
Dunia

25 maut, 50 cedera dalam serangan terbaharu tentera rejim Zionis

Foto: Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya 25 terbunuh manakala 50 lagi cedera dalam serangan tentera rejim Israel ke atas kawasan khemah penduduk di daerah al-Mawasi, Rafah.

Tentera berkereta kebal rejim terus mara ke kawasan lain di Rafah ketika jet pejuangnya terusnya membedil kawasan selatan Gaza itu.

Dalam pada itu, lapor media AL Jazeera dua lagi penduduk maut dalam serangan di daerah Zeitoun di Gaza City.

Di Tebing Barat pula, tiga penduduk Palestin ditahan tentera rejim di daerah Jenin.

Juga terdapat laporan pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera rejim di Jabriyat yang menyaksikan beberapa orang cedera.

Kawasan lain yang turut menjadi sasaran termasuk Kem Pelarian Balata dan Kem Pelarian Ein – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini