comscore
Tumpuan :
Dunia

31,000 tentera Ukraine terbunuh dalam perang dengan Rusia – Presiden Ukraine

ANKARA: Seramai 31,000 tentera Ukraine telah terbunuh dalam perang antara negara itu menentang Rusia, kata Presidennya Volodymyr Zelenskyy pada Ahad.

Bercakap pada sebuah forum di ibu negara Kyiv, Zelenskyy menafikan bahawa seramai 300,000 tentera Ukraine terbunuh dalam perang sejak dua tahun lepas seperti dakwaan Presiden Rusia, Vladimir Putin, lapor Agensi Anadolu.

“Tetapi setiap kehilangan ini adalah satu kerugian besar bagi kami,” katanya pada forum bertajuk “Ukraine Year 2024″.

Zelenskyy tidak mendedahkan bilangan tentera Ukraine yang cedera, menegaskan dengan berbuat demikian akan membantu perancangan tentera Rusia.

Ini adalah kali pertama Kyiv mengesahkan bilangan kematian dialami negara itu sejak Moscow melancarkan “operasi ketenteraan khas” ke atas negara itu pada 24 Feb 2022. – BERNAMA-ANADOLU

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini