Tumpuan :
Dunia

39 bayi maut di Hospital Al-Shifa akibat kekurangan oksigen

GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Sabtu mendedahkan 39 bayi meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital Al-Shifa Gaza akibat kekurangan oksigen.

Hospital itu yang terletak di Semenanjung Gaza terjejas teruk akibat serangan rejim zionis baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu.

Serangan darat dan udara oleh rejim zionis di Hospital Al-Shifa dan kawasan berhampiran berlanjutan selama enam jam, menurut saluran televisyen Palestin.

Pada Jumaat, pesawat zionis memperhebat serangan ke atas hospital di Semenanjung Gaza, termasuk sekitar Hospital Al-Shifa, Hospital Indonesia, Hospital Al-Awda, Hospital Al-Quds dan Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi.

Sekurang-kurangnya 11,078 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 4,506 kanak-kanak dan 3,027 wanita setakat ini.—- BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini