NAIROBI: 39 individu cedera dalam tunjuk perasaan antikerajaan di Nairobi, Kenya.
Tunjuk perasaan diadakan bagi membantah cadangan kerajaan menaikkan cukai tambahan bernilai 2.7 bilion dolar.
Cadangan itu bertujuan bagi mengurangkan defisit bajet negara namun ramai yang tidak bersetuju.
Ia dilihat akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup selain menjejaskan ekonomi negara.
Ada yang bertindak membakar objek di tengah – tengah jalan raya dan melaungkan slogan mendesak Presiden William Ruto meletak jawatan.
Kemaraan penunjuk perasaan berdekatan bangunan parlimen bagaimanapun dapat dihalang polis.
Polis bertindak balas dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.