comscore
Tumpuan :
Dunia

4 dituduh lakukan keganasan dalam serangan di Moscow 

MOSCOW: Empat individu yang terlibat secara langsung dalam serangan di dewan konsert di sini telah dituduh di mahkamah atas dakwaan melakukan keganasan.

Sebuah mahkamah daerah di Moscow memerintahkan keempat-empat suspek dikenal pasti sebagai rakyat Tajikistan untuk ditahan sebelum dibicarakan, Xinhua memetik satu laporan daripada Agensi Berita TASS.

Mereka akan ditahan sehingga 22 Mei.

Pada Jumaat malam, lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang ke arah penonton konsert di Dewan Bandaraya Crocus di pinggir bandar Moscow mengorbankan sekurang-kurangnya 137 nyawa.

Kebakaran yang berlaku kemudian menyebabkan bumbung bangunan itu runtuh.– BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini