comscore
Tumpuan :
Dunia

Malaysia kutuk serangan bersenjata di Moscow

Wisma Putra.

PUTRAJAYA: Malaysia dengan tegas mengutuk serangan ganas ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Moscow semalam.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini mengesahkan bahawa semua rakyat dan pelajar Malaysia yang berdaftar di Moscow berada dalam keadaan selamat.

Rakyat dan pelajar Malaysia di Moscow dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini, mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikuti nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Orang ramai meletakkan kalungan bung di satu monumen di Rusia sebagai memperingati mangsa serangan di Dewan Bandaraya Crocus berhampiran ibu kota Moscow. – FOTO: Reuters

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Persekutuan Rusia serta kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan itu dan mendoakan agar mereka yang tercedera segera sembuh,” menurut kementerian itu.

Ia menambah bahawa pendirian negara amat jelas iaitu menolak sekeras-kerasnya segala tindakan keganasan dan ekstremisme dalam semua bentuk dan manifestasi, menekankan keperluan mendesak bagi usaha bersepadu di peringkat antarabangsa untuk menghapuskan tindakan keganasan secara menyeluruh dan berkesan.

Laporan terakhir menyebut 143 orang maut dalam serangan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini