comscore
Tumpuan :
Dunia

 40 lokasi Tapak Warisan Dunia Unesco di India – Menteri

NEW DELHI : Kerajaan India pada Isnin berkata negara itu mempunyai 40 lokasi dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

“Pada masa ini, India mempunyai 40 lokasi dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan 52 lokasi dalam Senarai Tentatif UNESCO,” kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan persekutuan G Kishan Reddy, lapor Xinhua.

Terdapat 3,696 monumen dan lokasi yang dilindungi secara berpusat di bawah bidang kuasa Kajian Arkeologi India, tambah Reddy.  — BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini