comscore
Tumpuan :
Dunia

41 maut dalam kebakaran bangunan 6 tingkat di Kuwait

FOTO: Reuters

MANGAF: Lebih 40 terbunuh manakala 43 lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan enam tingkat di bandar Mangaf, Kuwait.

Enam mangsa disahkan maut selepas menerima rawatan di hospital.

Lapor media Gulf News, bangunan terbabit dijadikan kediaman pekerja dengan puluhan sempat diselamatkan.

Pasukan bomba dan forensik dikejarkan ke lokasi bagi memadam kebakaran selain menyiasat punca kejadian.

Pasukan petugas khas turut dikerah bagi memantau mangsa yang cedera selain menghulurkan sokongan moral kepada mangsa dan keluarga mereka.

Menteri Dalam Negeri, Sheikh Fahd Al Yousef nenyifatkan insiden terbabit sebagai malapetaka.

Kecuaian dipercayai salah satu punca kebakaran itu berlaku. – GULF NEWS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini