comscore
Tumpuan :
Dunia

47 terbunuh, 52 cedera dalam tempoh 24 jam di Gaza

FOTO: Reuters

GAZA:  47 penduduk Palestin maut manakala 52 lagi cedera dalam serangan tentera rejim Zionis dalam tempoh 24 jam lalu di Gaza.

Angka itu disahkan Kemententerian Kesihatan Gaza ketika wilayah utara, tengah dan selatan Gaza terus menerus dibedil

Ribuan penduduk Palestin meninggalkan daerah Shujayea di Gaza City susulan serangan udara bertali arus serta kerahan lebih banyak tentera darat rejim Zionis ke daerah itu

Pada masa sama, pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang terperangkap di bawah sisa runtuhan di daerah ini

Mangsa yang maut termasuk empat kanak-kanak manakala puluhan yang lain cedera

Di Rafah pula beberapa penduduk maut dan puluhan yang lain cedera dalam serangan di daerah pesisir pantai di al-Mawasi

Perang yang tercetus sejak 7 Oktober lalu telah meragut lebih 38,000 nyawa dengan lebih 15,000 daripadanya adalah kanak-kanak. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini