comscore
Tumpuan :
Dunia

5 tentera Iran, sejumlah orang awam maut dalam serangan Israel di Syria

FOTO: Reuters

SYRIA: Lima tentera Iran dan sejumlah orang awam maut dalam serangan Israel ke atas sebuah pangsapuri di Damsyik, Syria.

Bangunan berkenaan dibedil dengan sekurang-kurangnya empat peluru berpandu.

Menurut sumber Al Jazeera, mangsa yang terbunuh termasuk pegawai kanan risikan tentera IRGC dan pembantunya.

FOTO: Reuters

Insiden sekali gus mencetuskan kemarahan Iran.

Presiden Iran Ebrahim Raisi dalam kenyataannya berikrar akan bertindak balas dengan rejim Israel.

Terdahulu Menteri Luar Iran Nasser Kanani dipetik berkata, Iran akan bertindak balas pada masa dan tempat yang sesuai.

FOTO: Reuters

Beliau turut mengutuk tindakan provokatif Israel yang memburukkan lagi keadaan di Asia Barat.

Israel dalam pada itu masih belum memberikan maklum balas berhubung serangan yang dilancarkan. – AL JAZEERA

Loading...
Terkini