comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Asia: Syria lakar sejarah layak ke pusingan 16

Pemain-pemain Syria meraikan kejayaan menewaskan India pada aksi Piala Asia Qatar 2023 di Stadium Al-Bayt di Al-Khor, utara Doha malam tadi. – FOTO: Reuters

DOHA: Buat julung kali dalam sejarah Syria, mereka layak ke pusingan kalah mati Piala Asia selepas menang 1-0 ke atas India malam tadi.

Pasukan kendalian Hector Cuper menamatkan saingan Kumpulan B dengan empat mata dan layak ke pusingan 16 terakhir sebagai salah satu daripada empat pasukan tangga ketiga terbaik.

Omar Khribin muncul wira Syria apabila golnya pada minit ke-76 menjadi gol kemenangan.

India kendalian Igor Stimac ditunjuk jalan pulang dengan tiga kekalahan dan tidak menjaringkan sebarang gol.

“Kami amat gembira dengan kemaraan ini, amat bangga dengan pemain saya, mereka melakukan pengorbanan besar untuk meraih keputusan ini,” kata jurulatih dari Argentina itu.

“Kami turun beraksi perlawanan ini dengan hanya satu perkara dalam fikiran kami – untuk menang dan kami berjaya melakukannya.

“Kami tidak mahu berhenti di sini.” – AGENSI

Loading...
Terkini