comscore
Tumpuan :
Dunia

6 maut, 5 cedera kereta api rempuh bas di Slovakia

Foto: Reuters

NOVE ZAMKY: Enam maut, manakala lima lagi cedera apabila sebuah kereta api merempuh sebuah bas di selatan Slovakia.

Nahas berlaku berhampiran bandar Nove Zamky kira-kira 80 kilometer dari timur Bratislava.

Pemandu bas dan kereta api antara mangsa yang dilaporkan cedera.

Perlanggaran berlaku di sebuah lintasan kereta api itu mengakibatkan bas terbabit putus dua manakala bahagian hadapan kereta api terbabit terbakar.

Jurucakap Pasukan Penyelamat berkata, jumlah mangsa yang maut mungkin akan meningkat.

Ketika kejadian terdapat kira-kira 200 penumpang di dalam kereta api terbabit yang dalam perjalanan dari Prague menuju ke Budapest.

Lapor media tempatan, terdapat lampu isyarat dan penghadang jalan di laluan terbabit namun ia tidak berfungsi akibat ribut yang melanda baru-baru ini – BBC

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini