comscore
Tumpuan :
Dunia

6 maut dalam serangan nekad berhampiran bangunan Kementerian Luar Afghanistan

FOTO: REUTERS

KABUL: Enam orang maut sementara 12 lagi cedera dalam serangan nekad berhampiran bangunan Kementerian Luar Afghanistan di kabul.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, serangan berlaku di hadapan sebuah pos pemeriksaan keselamatan.

Pihak berkuasa dilaporkan menembak mati penyerang nekad berkenaan namun bahan peledak yang dibawanya kemudian meletup lalu meragut nyawa selain mencederakan orang awam yang berada berhampiran.

Dalam pada itu, kumpulan Daesh menerusi kenyataan di akaun Telegram mereka mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan terbabit.

Serangan berkenaan adalah yang kedua berlaku berhampiran Kementerian Luar di Kabul dalam tempoh kurang tiga bulan.

Loading...
Terkini