comscore
Tumpuan :
Dunia

Austria rekod lebih 5,800 jenayah kebencian pada 2022 – Laporan

VIENNA : Sebanyak 5,865 jenayah kebencian berlaku di Austria tahun lepas, meningkat tujuh peratus berbanding 2021, menurut laporan yang dikeluarkan pada hujung minggu.

Laporan yang diterbitkan oleh Kementerian Dalam Negeri itu, menunjukkan bahawa kebanyakan pelaku jenayah berkenaan terdiri daripada warganya sendiri, lapor Agensi Anadolu.

Jenayah kebencian didapati menyumbang sebanyak 68.2 peratus daripada kesemua jenayah yang berlaku di negara ini tahun lepas, dengan separuh daripadanya melibatkan “propaganda Nazi” dan majoriti pelakunya terdiri dalam kalangan juvana.

Menteri Dalam Negeri Gerhard Karner berkata: “menerusi tindakan pencegahan bersama golongan muda, kecenderungan pelampau dapat dikenal pasti lebih awal dan langkah-langkah pencegahan boleh diambil.”

Sementara itu, Menteri Kehakiman Alma Zadic berkata jenayah kebencian merupakan antara ancaman terbesar kepada perpaduan masyarakat demokratik dan kempen kebencian serta seruan untuk melakukan keganasan baru-baru ini, menunjukkan bahawa ancaman ini benar-benar berlaku.  — BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini