comscore
Tumpuan :
Dunia

7 maut dalam runtuhan bangunan 5 tingkat di Gujarat

FOTO: Reuters

INDIA: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dalam runtuhan sebuah bangunan lima tingkat di Gujarat.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.45 petang dan pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Usaha mencari tujuh lagi mangsa yang hilang giat dijalankan.

Menurut media tempatan, bangunan terbabit mula dibina pada tahun 2017 dan tidak mempunyai sebarang permit.

Ia dihuni oleh lima keluarga dengan kadar sewa 1,200 Rupee atau RM67 sebulan.

Kebanyakkan penghuninya adalah pekerja kilang di kawasan berdekatan.

Punca runtuhan masih dalam siasatan. – NDTV / INDIA TODAY

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini