comscore
Tumpuan :
Dunia

8 maut, 12 hilang dalam insiden tanah runtuh di Itali

FOTO: AP

ISCHIA, Itali: Sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala12 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di selatan Itali,

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 bangunan runtuh dan banjir lumpur

Penduduk juga terpaksa menanggung kerugian selepas harta benda mereka rosak termasuk kenderaan yang dihanyutkan arus lumpur.

Menurut Agensi Anadolu yang memetik pihak berkuasa pulau itu, mangsa yang hilang termasuk bayi yang baru lahir bersama keluarganya yang tinggal di kawasan peranginan Casamicciola.

Sekurang-kurangnya 100 penduduk juga dilaporkan terperangkap tanpa bekalan elektrik dan air bersih dengan sebahagian daripadanya kini ditempatkan di pusat penempatan sementara

Menurut pihak berkuasa tempatan, anggota penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi terjejas.

Video dan gambar yang tular di media sosial menunjukkan tanah runtuh mengakibatkan bangunan dan jalan raya rosak.

Datuk Bandar Ischia, Giuseppe Ferrandino berkata operasi menyelamat masih diteruskan dan orang ramai digesa untuk berada di rumah sehingga keadaan pulih. – BERNAMA / AP

Loading...
Terkini