comscore
Tumpuan :
Nasional

Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat kedua tertimbus dibawa keluar

Mangsa kedua kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, di sini, ditemukan pada 12.05 tengah hari -FOTO: NSTP

Oleh: Syafiqah Damanhuri

CAMERON HIGHLANDS: Mayat kedua mangsa kejadian runtuhan di Blue Valley, Kampung Raja, Cameron Highlands yang ditemukan pada kira kira jam 12.40 tengah hari di Sektor B dibawa keluar pada jam 2.05 petang tadi.

Mayat lelaki warga Myanmar itu ditemui pasukan penyelamat kira-kira 10 meter dari lokasi tapak asal rumah pekerja yang didiaminya bersama empat rakan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan bagi mengesan tiga lagi mangsa termasuk seorang wanita.

Katanya, operasi berdepan kesukaran kerana laluan ke lokasi kejadian terputus berikutan berlaku beberapa runtuhan kecil.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kesemua mangsa dijalankan selepas kita menerima maklumat berkaitan kejadian pada pukul 2.10 pagi.

“Mayat mangsa pertama dijumpai pada pukul 5.40 pagi tadi. Kedua-dua mangsa adalah lelaki,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini