comscore
Tumpuan :
Dunia

Abbas gesa PBB campur tangan hentikan keganasan di Gaza

Foto Reuters

SEMENANJUNG GAZA:  Keganasan tanpa batasan yang ditunjukkan Israel di Semenanjung Gaza membuatkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyeru Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB untuk segera campur tangan bagi menghalang berlakunya bencana kemanusiaan yang lebih buruk.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Abbas dalam satu kenyataan beliau kepada agensi berita WAFA.

Perkembangan terbaharu di Gaza menyaksikan Israel berterusan melancarkan serangan menyasarkan bangunan kediaman menerusi bedilan roket selain serangan udara pada sebelah malam tadi waktu tempatan.

Sekatan penuh juga mula dikuatkuasakan oleh rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza dengan lebih 300,000 tentera simpanan dipanggil, seakan memberi bayangan serangan darat berskala besar akan dilancarkan dalam tempoh terdekat.

Dalam perkembangan berasingan, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman terus melaungkan sokongan Riyadh ke atas rakyat palestin dan berjanji akan sentiasa menyokong sebarang usaha perdamaian oleh Palestin di wilayahnya.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam pada itu memaklumkan sekurang-kurangnya 687 rakyat Palestin terbunuh sementara 3,726 cedera dalam serangan udara dilancarkan oleh Israel. – REUTERS

Loading...
Terkini